Rabu, 12 Januari 2011

Pokok Kekabu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam post baru ini,,saya ingin berkongsi pembacaan mengenai pokok kekabu. Almaklumla,,ramai lagi yang belum mengenalinya sedangkan ianya ada di persekitan kita. Kalau di Keningau,,melalui jalan dari Kampung Durok ke Kampung Sayur (femes juga kampung ni,,meliputi berpuluh ekar dengan tanaman pertanian), pasti anda akan melihat beberapa pokok kekabu yang tumbuh liar di pinggir jalan. Baiklah..selamat berkongsi ilmu :

Kapas, bahas saintifiknya Gossypium. Kapuk dan kekabu pula di panggil Ceiba Petandra yang merupakan jenis pokok serat. Kosa kata kapas ini diambil daripada bahas Sanskrit, Karpasa.

Isi buahnya berwarna putih melepak. Daripada serat kapas ini dikait atau diolah menjadi benang dan daripada benang pula ditenun menjadi kain.

Daripada peristiwa semula jadi ini, pujangga Melayu, yang kreatif dan pemerhati sifatnya akan kejadian alam, telah mencipta pantun klasik yang indah:

Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.

 Kosa kata kapas dalam bahasa Inggeris disebut cotton; ambilan daripada bahasa Arab, kotoni. Ambilan ini merupakan fakta yang membuktikan bahawa kapas mungkin berasal dari Mesir - Timur Tengah.

 Pokok ini juga ditemui tumbuh di India dan Afrika.Kekabu juga tumbuh subur di Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tenggara. Pokok kekabu tinggi dan besar. Secara tradisi, isi buahnya dijadikan isian bantal atau tilam sejak lama dahulu.